Saya Nur Fatihah binti Manan merupakan prasiswazah di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2018. Sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda saya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Ma'ahad as-Sultan Haji Ahmad Shah ad-Dini, Bandar Jengka pada tahun 2017 dan memperoleh pangkat MUMTAZ dalam STAM tersebut. Pernah berkhidmat sebagai guru kafa sementara di Kafa AFEC, Kota SAS, Kuantan untuk mencari pengalaman dalam pekerjaan. Bercita-cita untuk menjadi sukarelawan dalam pertubuhan kebajikan dan ingin menjadi penulis buku untuk menyampaikan mesej dakwah.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.