Ahad, 27 Jun 2021

Bermula Kerana Allah, Jangan Berhenti Kerana Manusia

 


Pernah atau tidak pada mulanya kita ikhlas nak buat baik dengan seseorang atau ikhlas nak bantu seseorang atau kita ikhlas nak jadi baik tetapi terhenti apabila kebaikan kita itu tidak dibalas dengan kebaikan atau dipandang serong di mata seseorang.

Kalau pernah ingatlah pesanan ini! bermula kerana Allah, jangan berhenti kerana manusia. Maksud

yang ingin disampaikan di sini, sebagai umat Islam mestilah melakukan setiap amalan kebaikan diniatkan dan disandarkan kerana Allah dan apabila sudah berniat untuk melakukan kebaikan kerana Allah jangan kita berhenti kerana manusia. 

Terdapat dalam kalangan umat Islam yang melakukan kebaikan atau mematuhi perintah yang telah ditetapkan dalam Islam bukan niat kerana Allah iaitu sama ada inginkan pujian atau inginkan ganjaran daripada manusia dan sebagainya. Adapun segelintir umat Islam yang berhenti daripada terus melakukan kebaikan kerana manusia. Contohnya, apabila seseorang itu membantu orang lain namun tidak dibalas jasanya atau jika seseorang itu sudah bertaubat namun terdapat individu yang memperlekehkan taubatnya dengan mengatakannya hipokrit dan sebagainya ia akan melemahkan semangat seseorang itu untuk beristiqamah dalam melakukan kebaikan. 

Oleh itu, sebagai umat Islam mestilah melakukan amal kebaikan niat kerana Allah dan beristiqamah dalam melaksanakan perkara tersebut serta tidak berhenti daripada melakukan kebaikan walaupun orang sekeliling kita meremehkan amal kebaikan yang kita lakukan. Sebagaimana  nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang terus-menerus berdakwah walaupun banyak liku-liku yang mereka hadapi hanya untuk menegakkan syiar Islam. Tetapi mereka tidak pernah mengalah kerana mereka melakukan bermula kerana Allah SWT. 

Buat kerana Allah tanpa memikirkan pandangan manusia. Ingat!!! Allah sebaik-baik penilai buat diri kita bukan manusia.

Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 2-3: 

فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ (2) أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (3)

Maksudnya: Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama hanya kepada-Nya. (2) Ingatlah, Hanya milik Allah agama yang murni (bersih dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Dia (mereka berkata), “Kami tidak menyembah mereka melainkan dengan harapan agar mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya.” Sesungguhnya Allah akan memberi putusan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta lagi sangat ingkar.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan