Apakah yang dimaksudkan dengan khurafat?
Menurut al-Mu’jam al-Wasith khurafat ditakrifkan sebagai “cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.” Menurut kamus Idris al-Marbawi pula, khurafat ialah cerita karut.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa khurafat diistilahkan sebagai semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Contoh-contoh amalan khurafat seperti menemui bomoh atau peramal untuk mengetahui tentang akan nasib hidup atau dipanggil tilik nasib, mempercayai akan sesuatu petanda yang membawa kepada kesialan, melakukan sihir untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dihajati, memakai susuk untuk kecantikan dan sebagainya.
Apakah yang dimaksudkan dengan bid'ah dholalah pula?
Bid'ah dholalah pula adalah suatu perkara yang dibuat oleh orang Islam selepas zaman Nabi Muhammad SAW bahawa perkara tersebut tidak diketahui sama ada pernah berlaku atau pernah dibuat pada zaman baginda, dan perkara itu menyalahi dalil daripada Al-Quran, atau menyalahi dalil daripada hadits Rasulullah SAW, atau menyalahi atsar para sahabat atau menyalahi ijma' ulama Islam. Dalam erti kata yang lain, ia menyalahi akan hukum-hukum syara' dan menyalahi akan dalil syara' yang khas mahupun dalil syara' yang am.
Untuk mengetahui sesuatu perkara itu termasuk dalam kategori bid'ah dholalah apabila perkara yang baru itu termasuk dalam perkara yang dinilai buruk oleh syara', maka ia adalah bid'ah dholalah.
Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti Al-Quran, Hadith, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.
Sabda Rasullulah S.A.W.:
Maksudnya: “Barangsiapa mengada-adakan dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakanya itu adalah tertolak”. (Hadith Riwayat Ahmad dan Muslim)
Jadi, bahayanya perbuatan khurafat dan bida’ah dholalah ini kerana:
1) Perbuatan tersebut termasuk dalam perbuatan yang berdosa.
Jelas di sini menunjukkan khurafat dan bida’ah dholalah adalah melakukan sesuatu yang jauh dari perintah Allah dan Rasul SAW yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Bagi sesiapa yang melakukan kerosakan dengan perbuatan khurafat dan bid’ah dalalah atas nama agama itu berdosa besar di sisi Allah SWT.
2) Jauh dari Petunjuk Allah
Orang yang sengaja melanggar perintah Allah dengan membuat amalan yang salah adalah tindakan yang hina yang tidak diredhai Allah SWT kerana Allah telah menjadikan syariat dalam pelbagai aspek kehidupan yang terbaik bagi umat Islam, tetapi dilanggar oleh pembuat bid'ah sehingga orang yang berbuat demikian tidak akan mendapat petunjuk darinya.
3) Termasuk orang yang rugi
Bid'ah dholalah adalah perbuatan orang-orang yang rugi, orang itu menganggap bahawa amalan yang dilakukannya adalah perkara terbaik yang akan membawanya ke syurga, padahal sebenarnya sebaliknya adalah benar. Allah tidak memerlukan keterlaluan dalam melaksanakan syariat-Nya. Lakukan seperti yang diperintahkan tanpa mengurangkan atau menambahkannya. Sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Surah Al Kahfi ayat 103-104 yang bermaksud:
(104) قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِٱلْأَخْسَرِينَ أَعْمَٰلًا (103) ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Maksudnya: “Apakah kalian akan Kami beritahukan tentang orang orang yang merugikan perbuatannya? iaitu orang-orang yang telah sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya”.
Begitu juga orang yang melakukan perbuatan khurafat adalah termasuk dalam kalangan orang yang rugi kerana perbuatan ini mendatangkan banyak kemudaratan bagi siapa yang mengamalkannya.
Oleh yang demikian, sebagai mahasiswa berperanan penting untuk mengatasi amalan khurafat dan bid’ah dholalah yang dilakukan dalam masyarakat kita pada zaman kini. Antara inisiatif yang boleh dilakukan oleh mahasiswa iaitu:
- Mahasiswa boleh menganjurkan program yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan dengan khurafat dan bid’ah dholalah. Sebagai contoh, kita boleh melakukan webinar tidak kira siapa sahaja boleh menyertai program ini.
- Memanfaatkan media sosial yang ada pada zaman kini seperti Facebook, whatsApp, Twitter Youtube, Instagram dengan memuatnaik posting artikel, buat video dengan menerangkan tentang khurafat dan bid’ah dholalah, terangkan akibat perbuatan ini dan sebagainya.
- Mahasiswa boleh membuat poster, flyers sama ada disampaikan melalui media sosial ataupun boleh dijadikan penerangan berkaitan khurafat dan bid’ah ini sebagai topik semasa melakukan street dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan