30 November 2018, merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan pada kali pertama dapat mengunjungi pelajar Sekolah Harapan Negeri Melaka serta berkongsi serba sedikit nasihat yang berguna kepada mereka. Sebenarnya, ini merupakan tugasan bagi kursus Metodologi Dakwah untuk melaksanakan street dakwah. Alhamdulillah, kami berpeluang untuk melaksanakan street dakwah di Sekolah Harapan Negeri Melaka. Kehadiran kami disambut baik oleh penyelia, guru dan pelajar sekolah tersebut.
Terdapat beberapa aktiviti yang kami lakukan di sana, seperti medengar perkongsian cerita tentang kehidupan pelajar sekolah tersebut, melakukan forum yang bertemakan tentang kesabaran, melakukan aktiviti gubahan kreatif dan sebagainya. Kami sangat gembira kerana penerimaan mereka terhadap aktiviti yang kami sediakan kepada pelajar di sana disambut dengan baik dan mereka berikan kejersama yang baik. Pada mulanya, sememangnya kami merasai perasaan gementar untuk berhadapan dengan mereka sebagai mad'u kami namun kami dapat atasi perasaan tersebut dengan tenang sekaligus bertambah teruja apabila mendapat respon yang cukup memuaskan daripada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan