Jumaat, 30 Julai 2021

Latihan Amali Dakwah Muslim di Kampung Manok, Kelantan

 


Sebagai pelajar Program Pengajian Dakwah dan Kempimpinan, kami perlu melaksanakan Latihan Amali Dakwah Muslim semasa berada di tahun yang ketiga. Disebabkan wabak COVID-19 telah melanda Malaysia, kami tidak dapat melaksanakan latihan amali dakwah ini seperti tahun-tahun sebelum ini kerana kami perlu mematuhi saranan kerajaan Malaysia bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Maka, pensyarah kami memberi pilihan kepada pelajar Dakwah untuk melaksanakan program ini sama ada secara bersemuka dengan mematuhi SOP yang ketat dan secara dalam talian serta kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut negeri tempat tinggal masing-masing untuk

Khamis, 22 Julai 2021

Pengalaman Berdakwah di Sekolah Harapan Negeri Melaka




30 November 2018, merupakan pengalaman yang cukup bermakna dan pada kali pertama dapat mengunjungi pelajar Sekolah Harapan Negeri Melaka serta berkongsi serba sedikit nasihat yang berguna kepada mereka. Sebenarnya, ini merupakan tugasan bagi kursus Metodologi Dakwah untuk melaksanakan street dakwah. Alhamdulillah, kami berpeluang untuk melaksanakan street dakwah di Sekolah Harapan Negeri Melaka. Kehadiran kami disambut baik oleh penyelia, guru dan pelajar sekolah tersebut. 

Isnin, 5 Julai 2021

Peranan Mahasiswa Memberi Kefahaman Kepada Masyarakat Tentang Ancaman Perbuatan Khurafat dan Bid'ah Dholalah

 



Apakah yang dimaksudkan dengan khurafat?

Menurut al-Mu’jam al-Wasith khurafat ditakrifkan sebagai “cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta.”  Menurut kamus Idris al-Marbawi pula, khurafat ialah cerita karut. 

Maka dapatlah disimpulkan bahawa khurafat diistilahkan sebagai semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.