Ahad, 27 Jun 2021

Bermula Kerana Allah, Jangan Berhenti Kerana Manusia

 


Pernah atau tidak pada mulanya kita ikhlas nak buat baik dengan seseorang atau ikhlas nak bantu seseorang atau kita ikhlas nak jadi baik tetapi terhenti apabila kebaikan kita itu tidak dibalas dengan kebaikan atau dipandang serong di mata seseorang.

Kalau pernah ingatlah pesanan ini! bermula kerana Allah, jangan berhenti kerana manusia. Maksud

6 Cara Mengelakkan Diri Daripada Sifat Sombong

 


Sifat sombong ialah sifat mazmumah yang bercanggah dengan ahlak Islam dan sifat ini dianggap juga sebagai penyakit hati. Sebagaimana Allah SWT berfirman :

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى الْاَرْضِ مَرَحًاۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُوْرٍۚ

Maksudnya: Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Jumaat, 25 Jun 2021

Kisah Perjalanan Bro Lim Jooi Soon Memeluk Islam





Saya amat tertarik dengan kisah perjalanan Bro Lim Jooi Soon Memeluk Islam. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan agama BTC iaitu Buddhisme, Taoisme, dan Confucianisme. Pada usia 14 tahun beliau telah memeluk agama Kristian. Pada usia 20 tahun selepas membuat kajian perbandingan agama beliau menjumpai kebenaran dalam agama Islam. Kini, beliau merupakan pengurus Asosiasi Muslim Cina Malaysia, MACMA. 

Khamis, 24 Jun 2021

Tempuhi Ujian COVID-19 Dengan Sabar dan Ambil Hikmah Daripadanya


Umum mengetahui bahawa, bermula pada awal tahun 2020 hingga kini rakyat Malaysia berdepan dengan pandemik COVID-19 malah wabak ini bukan sahaja melanda negara Malaysia sahaja namun wabak penyakit berjangkit ini melanda hampir ke seluruh dunia. Penularan wabak virus COVID-19 ini memberi impak yang sangat besar kepada negara ini sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik serta turut memberi kesan kepada masyarakat. Antara luahan yang sering diperkatakan oleh masyarakat pada ketika ini iaitu banyak dalam kalangan mereka yang kehilangan pekerjaan dan sukar untuk menerima pendapatan yang stabil seperti tahun-tahun sebelum COVID-19 ini wujud. 

Pantang Terima Teguran, Sifat Takabbur Menguasai Diri

 


Dalam perkembangan teknologi yang pesat dan banyak media baharu yang muncul pada zaman kini ia memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat, menzahirkan pandangan dan mengeluarkan kata-kata dalam media baharu ini. Tetapi yang menjadi kebimbangan bagi umat Islam, apabila menghadapi suasana sebegini ramai yang kurang dan tidak berminat untuk ditegur dan dinasihati di media baharu ini walaupun perkara yang dilalukannya sudah jelas bertentangan dengan

Selasa, 22 Jun 2021

Adab Bermedia Sosial



Adab merupakan perkara yang sangat dititikberatkan dalam Islam kerana seorang muslim akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadiannya apabila menjaga adab. Islam menetapkan adab dalam pelbagai perkara dan juga dalam kehidupan seharian termasuklah adab dalam bermedia sosial.

Sabtu, 19 Jun 2021

Hikmah Diturunkannya Isa a.s, Bukan Nabi Yang Lain & Dengan Apa Isa a.s Menetapkan Hukum


Kenapa nabi Isa a.s yang turun pada hari kiamat? Kenapa bukan Nabi yang lain?

Jadi, ada sebahagian ulama yang mencari hikmah diturunkannya nabi Isa a.s pada akhir zaman bukan nabi yang lain. Terdapat lima hikmah yang dinyatakan iaitu:

1) Untuk menolak anggapan orang-orang Yahudi bahawa mereka telah membunuh Isa a.s
Seperti yang kita tahu orang yahudi percaya bahawa nabi Isa a.s telah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang kafir sebaliknya nabi Isa a.s tidak dibunuh namun diangkat ke langit. jadi, hikmah penurunan nabi Isa a.s pada hari kiamat untuk membantah dakwaan orang Yahudi bahawa mereka membunuhnya dan sebaliknya Nabi Isa a.s  yang akan membunuh pimpinan mereka iaitu Dajjal.